CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, November 05, 2009

makan besar,,,

hari mengantok sedunia..

malam nih tengok tower 13.. even cite seram melayu agak tak best tapi takpe lah..support local products. haha

badan aku sakit.. serius sakit.. gara2 bergusti dengan najla..

last 2 nite, kitorg celebrated besday dia.. sembur dengan ramuan rahsia iaitu nuttella ain, sabun aku, kicap emy, nestum jiha. then emy cakap nak letak sos. aku tak bagi. sebab nanti nak sembur kat muka.. kang pedih lak mata dia.

majlis berlangsung dengan upucara menyanyikan lagu khas untuk dia. time tu dia dah takut gila. siap sembunyi dalam selimut g..

takpelah..nanti2 aku cite... nak turun makan...

Tuesday, November 03, 2009

kisah suatu petang

aku coret satu kisah sedih..

kisah bermula di suatu petang..

disebabkan agak lapar, dia turun mencari makanan. menunggu dengan sabar.

naik ke bilik. dengan tabah menjinjit beberapa bungkus makanan.

sampai di suatu sudut, ...

ADOIH....

rupa-rupanya dia termasuk dalam longkang.

kaki sakit.

mujur makanan tadi tidak menjadi 'juadah istimewa' longkang.

dan mujur juga takda orang nampak dia jatuh.

agak tragis. naik ke bilik dengan kaki terhencut-hencut.

moral; jangan sesekali berjalan dengan mulut membebel. nanti masuk longkang.

Monday, November 02, 2009

kepada nur najihah

jiha...




siap ko tahun depan....
aku akan curahkan kat badan ko dengan ramuan rahsia aku....
ko tau tak busuk hell benda tu..( sory tot, guna perkataan ko..)

aku baik a
pa, juz 'bedak'kan ko dengan bedak baby kesayangan aku ja..
takda la mcam che ten ken
a dulu..
moga2 aku tak kan terkena balik..hahaa

nway, bez gak tgk ko kena b
edak..
haha..

ain, nape lah ko pecahkan rahsia kita?
nape tinggal phone dalam b
ilik?
haha..
and now, aku tengah tengok jiha gayut dengan adek dia.
dapat free call..
keh3..
sory jiha.
benda tak dirancang..
sebenarnya taknak wat camtu..
tapi bosan gak klo wish ja..
haha..
sory guna lah benda rahsia tu..
sian che ten and jian.. tak masuk dalam 'meeting board' pun... tapi tetap terkena balik..



AKU AND BESDAY GURL...





" TOK DALANG "

AKU DAN AMY.. SI TUKANG TABUR BEDAK...



AIN.. SI TUKANG SAPU LOSYEN...



TOT... TAK SEMPAT TENGOK APA DIA BUAT..



ROMATES : AKU, JIHA, AIN AND AMY...

Saturday, October 31, 2009

wajah. muka. rupa

aku bosan...

serius bosan tahap gaban,. tahap dewa.. tahap apa lagi eh?

dua paper dah lepas. tapi serius paper genetic dah berjaya buatkan jantung aku berdegup dengan sangat2 kencang. kalah kencangan kuda..
senget betul aku tengok soalan no 3. macam senget.... sejam setengah aku dok melangut depan soalan tapi taktau nak jawab apa. senget. serius senget. otak aku terbakar. otak aku sakit. pikir jawapan. soalan tengok aku. aku tengok soalan. tanpa perlu berkata-kata, aku jawab dalam ati " abeslah aku."

then tadi,( pukul 10 malam) my beloved baba called. ask me about da papers. aduhai, aku terpaksa menipu sunat ( macam syamil cakap dalam blog dia..)... kepala aku tersenget dok cari ayat nak gtau my baba. lastly, cakap, boleh buat. oh tuhan aku taknak tipu tapi takmau ayahku rasa bukan2 dengan aku.

tension yang amat.

dahla masa tengah jawab, hujan mencurah-curah umpama ke ladang gandum. haih, langit ku lihat sangat kelam. sekelam hati aku bila tengok soalan no 3..

mata aku sekejap tengok jam, sekejap tengok langit. sekejap tengok orang sebelah, sekejap tengok soalan.

kadang2 ada gak rasa macam nak lari ja. takmau jawab soalan tu.

aku dah la mengantok tahap gila baby. semalam tido pukul 5. aku tak boleh tido. so aktiviti semalam adalah tengok cite tower 13. senget punya cita. buatkan aku tetiba takut nak g toilet sorang2.. sebelom nih tak penah lak rasa camtu. kadang2 pukul 3 pagi boleh lagi p mandi sorang2.. kuar dari bilik, aku usha dulu kot2 ada lagi orang kat luar. tengok kiri kanan, takda dengar bunyi. then aku kuar. sampai depan pintu bilik aja, aku dengar orang mengilai. sekali lagi senget. aku terpaku. tak pernah dengar live. selalu dalam tv ja. aku diam, pasang telinga. kot2 aku salah dengar. lama gak. then aku amek keputusan takmau men'risiko'kan diri. masuk bilik, kejut ain. ajak teman. haha. then pagi tadi aku cite la kat ain. tapi ain lagi lawak.. dia cakap " aku takmau tanya yod samada betul ke tak dia ajak aku g toilet".. alah lebih kurang macam tu la.. alasan dia takut bukan aku yang ajak.. haha..


hujan petang melemahkan produktiviti.
sebabnya bila dah hujan, mata jadi kutu, mau tido daa..
badan jadi lemah, mau cari bantal daa...

hari khamis aritu, aku turun koop. hajat di hati mau stepler aku punya report bacterio. lupa nak cakap, report aku dah siap.. cuma tak hantar ja lagi. back to the story.

aku pun p la kat koop lama. klo sapa2 budak melati mesti tau koop lama yang mana satu. aku pun cakap la kat budak pumpuan tu, yang aku mau stepler report. yela, report setebal kamus mana jalan stepler ain tu. ahahaa...

bila aku cakap nak stepler, muka budak pumpuan tu dah start macam kerek.

heh, tak payah la nak tunjuk muka kerek tu. kucing kat DC lagi cantik dari muka kau. aku tau la ko baru abes exam, tapi nak buat macam mana,. aku datang sebab nak bagi rezeki kat ko. klo takda orang macam aku, lingkup ko punya tauke.
P/S : aku tak cakap pun. juz dalam hati... tak sampai hati.

aku sabar lagi. aku tunggu. then sampai turn aku, aku pun bagi aku punya report. kat report tu ada pengepit kertas ain. sory r aku, taktau nak panggil apa. harap korang paham.. sekali dah siap pumpuan tu cakap, harga stepler and saletep tepi rm1.50. seringgit lima beb. bapak mahal. aku terkejut. sekali lagi pumpuan tu buat muka kerek. aku sabarkan hati lagi. dalam hati menyumpah-nyumpah, tapi tangan tetap bayar. nak marah aku tengok muka dia pun macam masam macam susu basi. dahla ramai orang. then aku blah dengan hati yang sangat panas.

balik bilik gtau emy, dia cakap kalau kat DC harga cuma 50sen.

3 kali ganda.

nilah melayu. nak kaya cepat. hati pelanggan tak reti jaga.
aku tawar hati mau p photostat kat kedai tu. bapak kerek muka dia.

tengok la. sekali kau buat macam tu, aku publish gambar kau. haha


banyak lagi aku nak bebel kat sini. tapi tak teringat. banyak sangat.


ok... dah teringat..

pagi tadi aku ada exam BEL kat DRMM ( DEWAN RAJA MUDA MUSA..) kat seksyen 7. masa tengah jawab, aku rasa sangat2 mengantok. mungkin Lah perasan yang aku kuat menguap.. haha..

then aku p toilet. hajat mau segarkan muka. masuk toilet aku terbau sumthing yang aku jarang jumpa. bau petai. gila r. pumpuan mana yang buang hajat dengan bau petai. gila kuat. serius kuat. aku agak orang tu mesti kaki petai. takpun dia minum jus petai. mungkin juga air jampi petai sebab time tu tengah exam. kawan aku budak food tech, muka kelat ja bila kuar dari toilet tu. haha.

nasib la...


mode: nak study + tengok cite nur kasih..

Thursday, October 29, 2009

final esok la..

senget..

go and study...

sok final/...




mode: stdy...

nanti kalau aku ada cita terbaru, aku tulis len...

Wednesday, October 28, 2009

dear....

petang tadi keluar tengok wayang.. dengan tot, ain, jihah.. tak plan pun.. on da spot punya planning... penat..
gedik..sapa suh nak pakai heels.. kan dah sakit kaki...

masa tengah tengok papadom, tetiba jari kaki kiri cramp... sengal... aku tengah tengok cite tu syok2, kena plak picit2 kaki.. nak hilangkan cramp... kalau dok tepi, memang aku dah keluar dari pawagam.. mak aku penah cakap kalau kaki cramp, jangan duduk.. tapi berjalan.. memang mujarab.. tapi tadi, aku dok tengah2.. macam mana nak keluar.. haih... terpaksalah tunduk dan picit2.. mungkin kaki aku dah lama tak kena belai,,, hahah...

terima kasih ja lah kawan-kawan ku.. yea.. aku sedar aku memang kuat bebel.. sory lah korang terpaksa dengar 'explaination' aku yang panjang berjela.. thanx also to khairul, sebab nya ko dah buat satu peraturan untuk aku. " TAK BOLEH CAKAP LEBIH DARIPADA 10 PATAH PERKATAAN.."
~aku doakan ko dapat awek yang lagi banyak cakap dari aku... ( doa..:D )

nak beli heels kat vincci.. tapi takda heels yang aku berkenan.. soal harga letak tepi. tapi terjumpa plak kasut yang aku match dengan baju kurung pink aku.. warna pink.. aku dah mentioned in da previous post.

masuk dari satu kedai ke satu kedai. tapi still, tak jumpa yang berkenan di hati. arghh..! menyesal tak beli hari tu. masa aku cakap aku nak beli heels, tot tanya aku, " ko pakai ke kat rumah? ".. dear, of course la i pkai... dah beli mahal-mahal buat apa simpan dalam almari...

after watched papadom, ain ajak beli kasut.. haha.. dia punya sandal, tapak sudah haus maa... aku plak, jalan-jalan area situ carik kasut.. tot suh aku try wedges, tapi aku tak minat la...hoho..

aku kan suka membuatkan kaki aku cramp.. haih.. bila dah sampai bilik baru terasa kaki lenguh akibat terlalu lama pakai heels... ohh.. kaki...




rindu banget sama kawan2 ku...
rindu nak bercanda dengan diorang...
rindu nak cubit pipi diorang..
rindu nak makan suap2 dengan diorang...
rindu nak jalan pegang tangan dengan diorang...

~ diorang= am, anim, bib...

sweet memories....:)

oh, sayang rindu kamu semua....


cuti, cepat lah bermula.

Tuesday, October 27, 2009

EXAM.ITU.APA?

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1






FINAL..!!!




rasa nak mati ja...


rasa nak muntah..

jari masih sakit. report punya pasal. yang setebal textbook form 5.


tension..


ini jadual exam aku.

30/10/09 - BEL 311 & MIC 150
2/11/09 - CTU 211
5/11/09 - BCM 301
8/11/09 - MIC 201
11/11/09 - CHM 256
13/11/09 - MIC 250 ( final hantar report and assignment..)
15/11/09 - CHM 207


banyak betul.. gap pun sehari ja..
fius otak dah mula berasap..
bak kata kawan aku," pen pun dah berasap sebab asyik buat report.."

after 15th taktau g apa plan. mungkin balik rumah dn qada' tido yang dah lama burn.
qada' tengok tv.. haha.. ingat nak beli dvd cite smallville, latest season. dah lama tak tengok pakwe aku tu...


$$$$$$$$$
turunlah kamu dari langit..
aku inginkan kamu...



NOTAKAKI- dan nota-nota genetic sudah mula berkumandang di dalam otak. f factor. mutation. dna base sequence. dan segala macam lagi...

Monday, October 26, 2009

dugaan tanda sayang

i noe its not a good way to expressed my feeling on facebook..
'bout him..
'bout da past...
keep remember bout da past is not a good way to forget everything..


ya allah, aku memohon kekuatan di atas segala yang telah berlaku...
mohon keampunan..
aku terlalu lalai...



maaf lah, sejak dua menjak nih post agak emo.. mungkin dekat dengan exam.. hati jadi resah. jiwa jadi kacau. terlalu banyak berfikir. makan pun tak tentu.

dengan report. plus new assignment. mr. nik, u r so lovely,.. i luv u so much.. thanx untuk assignment yang terbaru.. tengah berfikir bila lak aku nak study and do past year questions?

OMG...

ya allah, permudahkanlah urusanku....

ya allah, permudahkanlah urusan sahabatku.
kenapa perlu dia membuat keputusan sebesar ini?
ya allah, tabahkan lah hati sahabatku itu.
kurniakanlah kecekalan kepadanya dalam mengharungi dugaan ini.
kurniakanlah kesejahteraan dalam hidup dia..

Sunday, October 25, 2009

satu impian..

thanx to my bff ( bib) ...
dia dah ingatkan aku.. tentang sesuatu yang aku selalu 'terlupa'..
manusia, cepat benar terleka.
aku salahkan diri sendiri..
cepat benar terleka..

kembali kepada-Nya.

bermohon kepada-Nya.

=)



sudah beberapa hari aku tak meng'update'...
rindu.
tapi malas.
serabut dengan test.


Ya Allah, kau kuatkan hati sahabat-sahabatku. kurniakanlah ketabahan dalam hati mereka. kurniakanlah kebahagiaan dalam diri mereka. sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka. Engkau kuatkanlah tali silaturrahim di antara kami. jauhkanlah kami dari perasaan iri hati.
aku sayang dengan ikatan persaudaraan ini. terlalu, Ya Allah.


bermacam-macam benda terjadi. menguatkan pemikiran dan cara berfikir. berfikir secara logik. menyerah pada-Nya apabila kita sukar membuat keputusan.


cukup indah menyoroti maksud al-quran. jiwa tenang. hati tenang. hilang gundah gulana.

Wednesday, October 21, 2009

being spotted


SPOTTED!!!






HABIS LAH..!


YEAHH.! GO MR. C.Y. TEOH...


jenis darah aku.. sory takda kena mengena pun...





haha...sesaja nak upload.. gambar di atas masa kelas BEL 311.. tu lecturer aku; mr. c. y. teoh..

yang gambar darah tu masa lab immune. aku manjadi penyumbang darah untuk lab aku yang second last.. sakit gak kena jarum...

patutkah aku berkata-kata

biochem punya test.
patut kah aku mencarut di sini.?
serius tension.
aku tak meniru.
so aku tak boleh jawab.
point disini, kalau lecturer kau dah asyik keluar kelas and selalu main aci sembunyi balik whiteboard tu tandanya dia nak suh kau meniru.

atau bahasa lembutnya, dia kasihan kat kau yang asyik dapat lower mark.

kau dapat tak?

shilanat betul..

keluar ja dari DK, rasa panas semacam ja.

nasib baik test immune aku boleh jawab.
kalau tak memang aku patut kena salai ja.

soalan biochem tu madam ulang balik ja tapi disebabkan aku malas dan tak terfikir langsung nak study bab tu, memang lupa habis la.

sok pagi speaking test and test immune 3.

minggu yang penat.

penat-penat pun, blog update tiap2 ari.
haaihhh...



i need fresh air for my brain.
too messy with tests.
i cant breath...

Tuesday, October 20, 2009

nothing.....

Entah.. tiba2 rasa nak check pendrive.. tiba2 ja rasa nak update cerpen yang penah aku buat dulu.. but surprisely. Cerpen tu dah hilang.. mungkin aku dah terpadam tanpa sengaja. Atau mungkin juga hilang sebab virus.


Aku cuba untuk lupakan dia. Cuba sedaya upaya. Tapi sukar. Entah kenapa, dia masih berlegar-legar diingatan.. masih kuat melekat.


Adakalanya, serasa dia masih disebelah. Menghulurkan senyuman, menuturkan nasihat.


Ya Allah, ampunkan aku. Aku tewas dalam permainan syaitan. Aku tewas dalam mengawal perasaan ku kepadanya. Aku tewas dalam kehidupan semalam.


Kerana itu, aku masih tercari-cari status diri ini.. sukar untuk membuat pilihan.



Tumpas nya ...


Tewas dalam tumpahan air mata.

Kuseru nama-Mu Ya Allah.

Kuseru rindu-Mu Ya allah.

Namun, aku tetap tewas dengan diri sendiri.

Ikhlas. Sedih. Pilu. Rindu. Cinta. Sayang. Kasih. Suka. Geram. Marah.

Semua bersatu demi dia, Ya Allah.

Mana kan ku kutip kasih itu lagi?

Mana kan ku cari sayang itu lagi?

Semua telah hilang dek semalam.

Semalam yang hanya semakin kelam.

Semalam yang masih hangat.

Semalam yang masih terasa sama.

Dan hari ini, semua itu bertemu.

Bergaul menjadi sebati.

Tahun demi tahun, menanti.

Umpama belahan kaca yang kian berkecai.

Tetap setia demi janji Dia.

Sabarkan diri.

Tenangkan perasaan.

Aku masih berusaha untuk berlari.

Meninggalkan cebisan semalam yang terlekat di hati.

Namun, sia-sia.

Dia masih ada.

Masih berantai di tangan.

Menjalar di segenap jiwa.

Pundak terasa berat.


Ingin dibuang tetapi enggan.

Lantas mencari yang abadi.

Lantas doa dititip, mohon kekuatan.

Berusaha bangun dan sedar.

Kasih Allah sangat kuat.

Mengurniakan harta berharga.

Diletakkan di tempat tertinggi.

Agar tidak terusik.




~ sajak ini untuk renungan saya sahaja. Terbias hasil keluhan hati yang rindukan dia.

Saya tetap manusia biasa…

Monday, October 19, 2009

kawen pun tak susah camni

tension syial..
huhu..

dengan reports..
test...
presentation..
sume dalam minggu nih..

immune ja ader sampai dua test...
nak hafal antigen, segala benda alah tu lagi..
segala mak nenek..


biochemistry lagi..
dengan formula reactions.. ader sampai sepuloh...
gila..!

presentation...
analyte..
kelas malam yang ura2 akan ada sampai setiap malam...
encik khairil, kitorang belajar subjek lain gak..
bukan analyte ja..

bacterio..
report untuk sepuloh lab..
on da spot..
rasa nak bunuh diri pun ada...

genetic...
test pepagi buta..
dah la malam bergelut dengan reports..
pagi2 buta dah ada test..


bila aku mau boleh stdy??????

pertanyaan yang penat..

sume kawan2 aku penat..
tension dengan segala macam...

next week final..
tapi satu benda pun tak sempat study g..
revise ja pun..
tu pun mana2 yang sempat ja..

past year banyak tak sentuh lagi..

banyak betul cabaran sem nih...
rasa nak nangis pun ada..

semangat nak study down gila...
tapi teringat janji aku kat dia..
no more repeat..


analyte adalah subjek yang paling aku tak confident..
then follow by biochem... then genetic and lastly immune...
bacteriology tu aku berserah ja.. dengan satu test tak amek..
bukan aku sorang.. tapi ramai lagi..
harap untuk reports, final and report for pratical exam only...

organic chem..
almost every week test..
lecturer tu nak tolong kitorang..
nasib baik dia paham...
kalau dia pun buat ikut otak dia, memang bertambah stress...

lama2 muka aku yang cantek cantek ke? pun akan jadi aging,--->>> bak kata M.R. Teoh kat aku..

speaking test lagi...
dah la BEL banyak ponteng..
memang tak kan dapat 10% kedatangan la..
pasrah je la...



kawen pun tak susah camni... takdelah hari2 nak kena buat report...huhu

Sunday, October 18, 2009

mungkin

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...